Bila memperkatakan tentang penyembelihan haiwan menurut islam bagi memastikan haiwan tersebut halal dimakan, salah satu perkara penting yang kita perlu ketahui adalah penggunaan peralatan untuk sembelih.
Jika diperhatikan, penyembelih berpengalaman akan menggunakan pisau yang mempunyai ketajaman yang luar biasa supaya dapat menembusi kulit haiwan yang disembelih dengan betul.
Berikut adalah beberapa 2 fakta penting tentang alat sembelihan yang kita boleh pelajari.
i. Alat itu hendaklah boleh melukakan disebabkan ketajamannya. seperti yang diperbuat daripada besi, tembaga; timah, kaca, batu dan seumpamanya.
Sembelihan dianggap tidak sempurna apabila ia mati disebabkan hentakan dengan benda berat seperti dengan batu yang tidak tajam.
Dalilnya ialah hadis riwayat al‘-Bukhari dan Muslim sebelum ini:
“Apa yang mengalirkan darah dan disebutkan nama Allah padanya maka makanlah ia.”
Mengalirkan darah (menumpahkannya) hanya berlaku dengan alat yang melukakan disebabkan ketajamannya. Manakala alat yang mematikan kerana hentakan beratnya maka ia tidak akan mengalirkan darah.
ii. Alat sembelihan itu bukanlah gigi ataupun kuku.
Tidak halal sembelihan yang menggunakan salah satu daripadanya walaupun ia melukakan dan ketajamannya mengakibatkan mengalirnya semua darah.
Ini disebabkan sembelihan dengan salah satu daripadanya telah dikecualikan oleh nas hadis daripada keumuman keharusan menyembelih dengan alat-alat yang diharuskan. Sab da Nabi .s‘a.w. pada akhir hadis yang diriwayatkan oleh Rafi’ bin Khudaij r.a. yang diriwayatkan oleh as-Syaikhain dan telah disebutkan sebelum ini:
”Selagi mana ia tidak menggunakan gigi dan kuku. ”
Termasuk dalam hukum gigi dan kuku ialah semua jenis tulang sama ada tulang manusia ataupun selainnya.
Hikmah pengecualian ini ialah sebagaimana yang disebut oleh sebahagian fuqaha’: “Ta’abbudi ( – ibadat semata-mata). Kita telah mengetahui bahawa hukum-hukum sembelihan secara keseluruhannya dibina atas prinsip ta’abbudi bukannya atas sesuatu ‘illah (sebab) ataupun maslahah yang berlegar padanya hukum-hukum maslahah.
Yang paling afdhal dalam mengetahui sebab pengecualian ialah berpegang kepada kata-kata ini ‘Ta’abbudi ’ (ibadat semata-mata).
Sembelih Ihsan Adalah Dengan Pisau Yang Tajam
Sewaktu hendak menyembelih binatang, pisau yang digunakan mesti tajam.
Hal ini kerana, pisau yang tumpul akan menyeksa binatang yang disembelih kerana susah memutuskan urat marihnya.
Perkara ini juga telah ditekankan oleh Nabi Muhammad S.A.W.
Sabda Rasulullah S.A.W:
“Sesungguhnya Allah mewajibkan berbuat ihsan (baik) dalam segala hal. Jika kalian membunuh maka bunuhlah dengan ihsan, jika kalian menyembelih, sembelihlah dengan ihsan. Hendaknya kalian mempertajam pisaunya dan menyenangkan sembelihannya.” (HR.Muslim).
Larangan Mengasah Pisau di Hadapan Haiwan Korban
Di antara adab korban yang perlu kita ketahui adalah adab dengan haiwan yang ingin disembelih.
Oleh sebab itu kita ditegah untuk mengasah pisau di hadapan haiwan korban untuk mengelakkan haiwan tersebut takut dan lari.
Hal ini adalah bersandarkan hadis Nabi dari Ibnu Umar radhiallahu ‘anhuma:
“Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam memerintahkan untuk mengasah pisau, tanpa memperlihatkannya kepada haiwan.” (HR. Ahmad, Ibnu Majah)